Kemiskinan dan Pengaruh Filem Antara penyebab Jenayah
di Kalangan Masyrakat India
Berikut adalah Jawapan Perdana
Menteri untuk Soalan Tuan Manikavasagam Sundaram [Kapar] yang berbunyi :
Minta Perdana Menteri Menyatakan
penyebab utama Kadar jenayah di kalangan masyarakat India paling tinggi.
Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan dalam membendung penularan kumpulan gelap
di sekolah-sekolah
Jawapan :
- Antara penyebab utama kadar jenayah di kalangan masyarakat India paling tinggi adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
a)
Keciciran dalam Peperiksaan
- Daripada penelitian yang dibuat didapati ramai remaja India tidak menamatkan pengajian sehinggan tingkatan lima dan ini menyebabkan mereka tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Mereka ini tercicir samada di peringkat darjah enam (UPSR) , Tingkat 1 ( kelas peralihan) , Tingkatan 3 (PMR) atau di tingkatan 4. Akibat ketiadaan kelulusan SPM, menyebabkan mereka sukar memasuki institusi kemahiran kerajaan. Selain itu keadaan ekonomi keluarga juga menyebabkan mereka tidak mampu mengikuti kursus kemahiran di institusi institusi swasta
- Ekoran kegagalan dalam pelajaran dan ketiadaan sijil kemahiran ini, remaja-remaja india terpaksa membuat kerja kerja biasa yang tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan. Jenis kerja seupama ini memberikan pendapatan yang paling rendah dan yang tidak dapat menyara hidup mereka dan akhirnya mereka terjebaj dalam kegiatan jenayah seperti samun, ragut, mencuri dan sebagainya yang boleh mendatangkan wang lumayan dalam masa yang singkat.
- Kegiatan gangsterisme di sekolah juga agak membimbangkan , ada gang yang mengrekrut pelajar kedalam kumpulan gang mereka.
b)
Latarbelakang Keluarga & Kemiskinan
- Keretakan dalam keluarga yang kucar-kacir seperti keluarga yang berpecah belah (Ibu atau ayah melarikan diri meninggalkan keluarga) di tambah dengan kemiskinan isirumah juga mempengaruhi penglibatan remaja dan belia India terjerumus dalam kegiatan jenayah
- Ibu Bapa yang tidak memberi pemerhatian serius atau mengambil pendekatan keibubapaan yang betul dalam mengasuh anak-anak menjadi pendorong kepada kejadian ini. Mengutamakan kerja, kerana perlu mencari duit untuk menanggung keluarga yang hidup dalam kemiskinan, menyebabkan secara tidak langsung anak terbiar dan tidak diasuh dengan baik.
- Emosi anak ini terganggu,mereka mencari teman dan ‘idola’ di luar dari keluarga.Mereka merangkumi ‘kumpulan gelap’ kerana mereka kononnya bergaya-‘macho’ memiliki kenderaan ,mempunyai ramai pengikut dan berani.
c)
Pengaruh Filem
- Kebanyakan filem yang gemar ditontoni oleh belia India adalah filem-filem dari Negara India yang banyak memaparkan aksi-aksi keganasan,gaduh dan kegiatan jenayah.Kebanyakan filem –filem ini tidak melalui tapisan yang ketat,yang mana secara langsung mengundang kumpulan gelap untuk meniru aksi gaya yang ditonjolkan oleh ‘hero’ atau ‘penjahat’ dalam filem-filem berkenaan.Contohnya; Aksi ‘hero’ memancung kepala ‘penjahat’ juga ada dipaparkan di file ini-yang mana membawa mesej yang songsang kepada remaja India bahawa adalah tidak salah sekiranya seorang ‘hero’ memancung kepala ‘penjahat’ kerana apa sahaja yang dilakukan oleh ‘hero’ adalah hakikatnya untuk kebaikan .Tambahan pula, kadang-kala filem dari India ini, memaparkan penjahat sebagai hero dan pihak polis sebagai kumpulan jahat.
Tuan Yang Di Pertua,
- Usaha-usaha menangani masalah jenayah dikalangan masyarakat India.
a)
Kebanyakan pelajar yang cenderung untuk dipengaruhi dengan kupulan gelap adalah
mereka yang tiada berminat dalam akademik dan tidak dapat menyesuaikan diri
dengan sistem pendidikan di sekolah. Bagi mereka yang sememangnya tercicir atau
‘dibuang sekolah’ peluang mereka mendekatkan diri dengan kumpulan gelap adalah
tinggi.
b)
Adalah diperhatikan, kebanyakan pelajar ini terlibat dengan jenayah .Halatuju
pelajar ini menjadi tidak menentu. Suatu program di bawah Kemanterian Sumber
Manusia (KSM) iaitu SLDN(Skim Latihan Dual Nasional) berusaha melatih pelajar-pelajar
tercicir ini dan menempatkan mereka di tempat pekerjaan. Prestasi pelajar
berkenaan dipantau oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama syarikat
yang mengambil menempatkan mereka.
c)
Pelajar ini yang berumur 15 tahun ke atas dibenarkan untuk mengikuti Kursus
latihan kemahiran di Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan. Peluang
untuk pelajar yang tidak pandai akademik; untuk mengikuti latihan kemahiran
adalah amat luas.Kerajaan ada menyediakan bantuan kewangan-di mana pelajar-pelajar
ini boleh memohon untuk pinjaman kewangan dari Perbandaran Tabung Pembangunan
Kemahiran (PTPK) bagi mengikuti Sijil Kemahiran.
d)
Beberapa program untuk memulihkan belia-belia India yang terlibat dalam
jenayah dipergiatkan dengan kerjasama dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM),dibantu
dengan Jobs Malaysia dan Tekun. Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dengan
kerjasama agensi tersebut mengambil langkah untuk mengalihkan belia India yang
mencari sara hidup dengan melakukan jenayah menceburi bidang perniagaan kecil
melalui pinjaman perniagaan TEKUN dan membantu mendapatkan pekerjaan melalui
Jobs Malaysia. Begitu juga bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan untuk
membawa remaja-remaja ini menyertai aktiviti-aktiviti Rakan Muda.
e)
SITF dengan kerjasama dari Ibu Pejabat Polis Daerah telah mengadakan beberapa
Sesi Dialog mengenai isu-isu gangsterisme di kalangan pelajar-pelajar Sekolah.
Objektif dialog ini adalah untuk mengenalpasti tahap tatatertib di Sekolah dan
membincangkan kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasinya.
Pengetua dan PIBG sekolah serta wakil-wakil NGO berkenaan telah nadir
mengemukakan cadangan dan berkongsi maklumat. Melalui sesi dialog ini
beberapa kawasan berisiko tinggi kejadian jenayah di kalangan masyarakat India
di kejiranan ‘neighbourhoods’ dikenalpasti untuk tindakan pemulihan.
f)
Untuk memesrakan Polis dan Masyarakat India, SITF akan mengadakan
program-program bertemu Rakyat dimana pegawai dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat
Polis Daerah akan berjumpa dan mendengar sendiri permasalahan rakyat. Dalam
program ini,remaja dan belia India didedahkan dengan bahaya penglibatan mereka
dalam kumpulan gelap dan jenayah. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
adalah seperti pameran narkotik,pendaftaran Rakan-Cop da sebagainya.
g)
Untuk memperbetulkan perpesi rakyat India terhadap polis,isu-isu buang
daerah,tahanan d Simpang Rengam,Macang dan tahanan remaja dilokap diberi
perhatian oleh SITF. Dengan kerjasama dari beberapa Pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang berkaitan dan pengalaman dari pegawai-pegawai Polis dan Penjara yang
telah bersara,SITF mencadangkan supaya alternatif pemulihan berbanding dengan
tindakan buang daerah ke kawasan pendalaman yang kini dilaksanakan. Pesalah
remaja ini dapat dipulihkan dalam satu Pusat Pemulihan yang dapat menyedarkan
pesalah melalui kaunseling, perubahan minda dan penerapan nilai-nilai hidup
disamping memberikan latihan kemahiran untuk mereka.
http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kemiskinan-dan-pengaruh-filem-antara-penyebab-jenayah-di-kalangan-masyrakat-india/
No comments:
Post a Comment